SELANGOR

SPR diperingat jangan cuba main politik

9 Mei 2018, 8:55 AM
SPR diperingat jangan cuba main politik

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 9 MEI: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan sehingga 750 pengundi dalam satu saluran menyebabkan pengundi di saluran terbabit terpaksa menunggu terlalu lama sebelum membuang undi.

Calon Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, keadaan ini menimbulkan kemarahan pengundi Daerah Mengundi Kampung Merbau Sempak di Masjid Kampung Merbau Sempak.

"Saya beri amaran kepada SPR jangan main politik. Pengundi berdiri lama, orang tua, Orang Kelainan Upaya (OKU) berjam-jam lamanya.

"Rakyat marah dan mereka tak akan benarkan peti undi dibawa keluar sekiranya mereka tak dapat mengundi walaupun dah beratur lama," katanya ketika meninjau proses pengundian di sini, hari ini.

Jelasnya, SPR wajar memanjangkan tempoh mengundi sehingga kesemua pengundi yang beratur dapat mengundi.

Sementara itu, tinjauan SelangorKini mendapati orang ramai masih beratur panjang khasnya saluran dua dan tiga walaupun hanya tinggal 30 minit sebelum berakhir waktu mengundi.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619