SELANGOR

Warga emas turut sama berdebar dan teruja tunai undi

9 Mei 2018, 6:13 AM
Warga emas turut sama berdebar dan teruja tunai undi
Warga emas turut sama berdebar dan teruja tunai undi

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 9 MEI: Walaupun pada usia emas, Siti Asiah Sheikh Abdul Rashid, 71, tidak patah semangat untuk keluar memenuhi tanggungjawab keluar mengundi.

Malah, beliau teruja apabila menjadi orang kedua mengundi di Pusat Daerah Mengundi di Sekolah Kebangsaan Telok Menegun.

"Kami sekeluarga datang awal ke pusat mengundi ini. Walaupun sudah beberapa kali mengundi, namun perasaan teruja dan gementar masih ada.

"Ini juga mungkin pilihanraya yang terakhir bagi saya atau mungkin saya masih berpeluang mengundi," katanya kepada SelangorKini.

Siti Aisah menyifatkan mengundi lima tahun sekali merupakan tanggungjawab biarpun tidak kira bagaimana keadaan kesihatan.

"Sudah menjadi tanggungjawab. Saya berharap kepimpinan yang dipilih dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya," katanya.

Parlimen Kota Raja menyaksikan sebanyak 121,126 pengundi.

Pada PRU12 dan 13, kerusi parlimen itu dimenangi oleh Dr Siti Mariah Mahmud dengan majoriti sebanyak 20,751 dan 29,395.

Manakala, peratusan mengundi pula masing-masing 79.7 peratus dan 87.50 peratus.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619