SELANGOR

'Gula-gula' saat akhir Najib tak laku

9 Mei 2018, 2:36 AM
'Gula-gula' saat akhir Najib tak laku

OLEH NADIAH ZAMLUS

AMPANG, 9 MEI: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamed Najib Tun Razak dilihat terdesak apabila cuba memancing undi dengan pemberian 'gula-gula' menerusi Perutusan Khas sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) malam tadi.

Antara janji yang ditawarkan termasuk belia berusia 26 tahun dan ke bawah akan diberikan pengecualian cukai pendapatan, bermula dari tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun berikutnya dengan serta merta.

Kemudiannya, Najib turut menawarkan tidak ada sebarang bayaran tol yang akan dikenakan atau tol percuma kepada pengguna lebuhraya di seluruh negara selama dua hari berturut-turut menjelang Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Bagaimanapun janji-janji manis yang ditaburkan Najib hanya ditertawakan orang ramai terutamanya pengguna media sosial.

Salah seorangnya yang dikenali sebagai Yau Edu berkata, pengecualian cukai bagi belia berusia 26 tahun ke bawah adalah tidak logik.

"Berapa ramai yang bergaji RM3,000 pada umur berkenaan, sedangkan mereka masih bergaji rendah, BN juga memberikan tol percuma, tapi rakyat Malaysia sendiri bijak, bahagia dua hari tidak sama dengan derita lima tahun," tulisnya di laman facebook.

Bagi Malip Udin pula menyatakan rasa anehnya gara-gara BN mengumumkan manifesto sebanyak dua kali.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619