NASIONAL

Warkah Wan Azizah buat pengundi

8 Mei 2018, 9:33 AM
Warkah Wan Azizah buat pengundi
Warkah Wan Azizah buat pengundi

OLEH NADIAH ZAMLUS

AMPANG, 8 MEI: Pengundi perlu membulatkan tekad dengan memangkah Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi membolehkan sebuah kerajaan yang adil dan benar memerintah negara.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin tsunami rakyat akan melanda negara dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), esok.

"Tepat jam 8 pagi esok, pusat-pusat pengundian akan dibuka di seluruh negara dan proses PRU14 akan dijalankan sehingga jam 5 petang, sesungguhnya pada waktu itu kita berada di persimpangan masa depan negara yang tercinta.

"Tiada siapa dapat menafikan lima tahun kebelakangan ini amat memeritkan sekali. Walaupun kita didendangkan bahawa ekonomi negara berkembang dengan pesat, namun rakyat menderita memikul bebanan kenaikan kos sara hidup dan pelbagai cukai," katanya.

Tegas Calon P100 Pandan itu, rakyat sudah muak dengan pelbagai skandal yang wujud dari sikap tidak telus pemimpin negara.

Katanya, negara jiran pula telah menggelar Malaysia sebagai 'Negara Kleptokrat' yang jelas telah memalukan negara.

"Saya merayu supaya saudara dan saudari menggunakan peluang ini untuk memastikan segala harapan kita menjadi kenyataan.

"Gunakanlah peluang yang diberikan supaya 9 Mei ini terpahat di dalam sejarah sebagai Hari Kemenangan Rakyat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619