NASIONAL

KEADILAN tembusi kubu kuat lawan, tanda peralihan kuasa

8 Mei 2018, 6:34 AM
KEADILAN tembusi kubu kuat lawan, tanda peralihan kuasa
KEADILAN tembusi kubu kuat lawan, tanda peralihan kuasa
KEADILAN tembusi kubu kuat lawan, tanda peralihan kuasa

OLEH HAFIZAN TAIB

SEREMBAN, 8 MEI: Kemasukan sekumpulan ahli Umno dan PAS ke dalam KEADILAN di Taman Paroi Jaya, memberi isyarat terhadap peralihan kuasa di negeri itu kepada Pakatan Harapan (PAKATAN).

Pengerusi KEADILAN Negeri, Aminuddin Harun berkata, sokongan dinyatakan membuktikan gelombang perubahan rakyat kawasan berkenaan yang sebelumnya dikenali sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

"Sokongan dengan kemasukan ahli baharu ini menunjukkan kita mampu bertapak di sini yang mana sebelumnya ia tidak berlaku.

"Ia perubahan baik dan permulaan untuk kita mengambilalih Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum (PRU) ini," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas program Jelajah KEADILAN Harapan Malaysia di sini, malam tadi.

Dalam program itu, seorang penduduk mewakili 256 ahli baharu lain menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Timbalan Presiden parti, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Mengulas lanjut, katanya, kehadiran ramai pada majlis itu juga di luar jangkaan kerana beberapa program diadakan sebelumnya kurang mendapat sambutan.

"Perubahan pengundi dapat dirasai dengan kehadiran bertambah ramai dalam program dijalankan dengan malam ini (tadi) adalah yang teramai dan ia petanda jelas ditunjukkan rakyat," katanya.

Berdasarkan perkembangan semasa, Aminuddin turut optimis mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dalam PRU14.

"Dengan pihak lawan sendiri dikatakan goyah maka kita yakin untuk mempertahankannya buat kali ketiga," katanya mendakwa jentera BN kurang yakin memenangi DUN berkenaan.

Aminuddin akan ditentang personaliti keagamaan, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat (BN) dan Rahim Yusof (PAS) pada PRU kali ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619