NASIONAL

Sepanduk hina polis kait Khalid Samad fitnah

7 Mei 2018, 9:29 AM
Sepanduk hina polis kait Khalid Samad fitnah

SHAH ALAM, 7 MEI: Calon Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa kain rentang yang tertera ayat menghina Polis Diraja Malaysia menggunakan gambar beliau adalah fitnah.

Dalam sidang media di pejabatnya, hari ini, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai politik murahan oleh pihak lawan bagi mengelirukan pengundi.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika pegawai, anggota dan pesara polis kontinjen Selangor ingin menjalankan tanggungjawab mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada 5 Mei lalu.

"Saya dimaklumkan pegawai polis di sana ketika membuat pantauan hari mengundi awal, terdapat dua kain rentang yang menggunakan gambar saya dengan tertulis 'Polis Malaysia Anjing', manakala satu lagi dibakar dengan mesej hampir sama 'Polis Malasia, Anjing Kerajaan'.

"Saya sudah membuat laporan polis untuk menafikan sekerasnya tindakan itu dan ia jelas menunjukkan ini adalah agenda politk untuk memburukkan diri saya," katanya.

Khalid turut menegaskan tindakan memasang sepanduk pada hari polis mengundi sebagai kurang bijak.

"Polis sendiri mengatakan mereka yakin ia bukan kerja saya kerana tidak mungkin saya nak pasang sepanduk semasa hari polis mengundi.

"Saya juga dimaklumkan siasatan sedang dijalankan dan pihak forensik mengambil cap jari ke atas sepanduk untuk mengenal pasti individu bertanggungjawab," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619