SELANGOR

"Biar Saari Sungib duduk sini sampai bila-bila..."

7 Mei 2018, 7:56 AM
"Biar Saari Sungib duduk sini sampai bila-bila..."

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 7 MEI: Penduduk tempatan, Hasnah Mansor menzahirkan kepercayaan terhadap kredibiliti calon N18 Hulu Kelang, Saari Sungib untuk kekal menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Hasnah, yang mesra disapa Hajjah Lela mengakui peranan terbaik Saari sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu, pada penggal pilihan raya lalu.

"Saya duduk sini sejak 1982, namun sejak lima tahun kebelakangan ini saya sangat bersyukur dapat seorang Yang Berhormat (YB) yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat.

"Saya sebagai ibu tunggal selalu mendapat perhatian daripada beliau yang kerap bertanya khabar, ambil tahu masalah penduduk dan memberi bantuan kepada golongan memerlukan," katanya.

Katanya, Saari disifatkan sebagai pemimpin yang begitu dekat dengan rakyat, khususnya di Hulu Kelang.

"YB kalau turun melawat kawasan, beliau tak pernah lupa saya sebab saya ada bela ikan, dia akan tanya juga pasal ikan.

"Tiap kali jumpa saya dia akan tanya, 'apa khabar, Lela? Ikan Talapia apa khabar?' dia akan tanya macam itu.

"Saya terharu, ada orang yang ambil tahu pasal saya. Kalau boleh biar YB kekal di sini. Biar dia duduk di sini, sampai bila-bila," katanya menerusi paparan video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, Saari Sungib.

Bukan sekadar itu kata Hasnah, pejabat DUN di bawah pentadbiran Saari tidak pernah meminggirkan nasib masyarakat di kawasan itu.

Katanya, ia dibuktikan menerusi inisiatif pemberian bantuan kepada warga tempatan sejak penggal lalu.

"Wakil kakak dia pun selalu turun padang, bagi beras dan bantuan lain. Sebagai ibu tunggal, saya sangat menghargai peranan beliau bukan kerana pemberian beras itu, tetapi khidmat beliau kepada orang Hulu Kelang," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619