SELANGOR

KDEBWM hasrat ambil alih kutipan sisa industri

3 Mei 2018, 8:26 AM
KDEBWM hasrat ambil alih kutipan sisa industri
KDEBWM hasrat ambil alih kutipan sisa industri

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 3 MEI: KDEB Waste Management (KDEBWM) bercadang mengambil alih kutipan sisa industri di seluruh Selangor.

Pengarah Urusannya, Ramli Tahir berkata, pihaknya akan melihat dan membuat perancangan serius untuk dicadangkan kepada Kerajaan Negeri.

Katanya, hak itu akan diusahakan selepas pihaknya berjaya mengambil alih industri kutipan sampah domestik dan awam di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Pihak KDEBWM mempunyai rancangan secara holistik untuk melaksanakan kutipan sisa industri ini.

"Namun, perancangan itu akan dicadangkan kepada Kerajaan Negeri selepas pihak kita mengambil alih kutipan domestik dan awam di semua PBT," katanya.

Beliau berkata demikian di forum Selangor Synergies Siri Ketiga yang berjudul 'Sustainable Synergies in Selangor' di Empire Hotel, di sini.

Ramli berkata, pengambilalihan kutipan sisa industri itu bagi memperkasakan industri kutipan sampah negeri itu supaya lebih berkesan.

"Bagi KDEBWM, jika tidak ada usaha memperkasakan kutipan sisa industri ini ia akan menimbulkan masalah kepada kita.

"Ia kerana, pembuangan sampah secara haram dari sektor ini akan menjadi punca kawasan yang sudah dibersihkan menjadi kotor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619