SELANGOR

Azmin yakin pertahan Bukit Antarabangsa dengan majoriti besar

3 Mei 2018, 6:59 AM
Azmin yakin pertahan Bukit Antarabangsa dengan majoriti besar
Azmin yakin pertahan Bukit Antarabangsa dengan majoriti besar
Azmin yakin pertahan Bukit Antarabangsa dengan majoriti besar

 

OLEH HAFIZAN TAIB

AMPANG, 3 MEI: Komuniti di kawasan baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa memberikan reaksi positif dan menyambut baik kehadiran Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Calon PAKATAN bagi DUN itu yakin Pakatan Harapan (PAKATAN) terus menjadi pilihan komuniti disitu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Saya yakin mampu mempertahankan Bukit Antarabangsa dengan majoriti besar setelah melihat mood pengundi yang amat baik hari ini.

"Saya tidak bimbang dengan saingan daripada calon lain kerana kebiasaannya masyarakat di sini sebagai pengundi mereka tahu menilai dan membuat keputusan dalam PRU berpandukan rekod Kerajaan Negeri yang cemerlang," katanya semasa berkunjung kawasan sekitar Ampang dan kawasan baharu, Taman Dagang, di sini.

Dalam program itu, Mohamed Azmin yang juga Dato' Menteri Besar itu turut menyantuni masyarakat dalam program 'walkabout' di Ampang dan sarapan pagi di Flat Taman Dagang dalam DUN Bukit Antarabangsa, hari ini.

Beliau berkata, hasil persempadanan semula kawasan PRU menyaksikan Taman Dagang dan Taman Cahaya berpindah masuk ke DUN itu daripada Chempaka (kini Pandan Indah).

Katanya, Taman Dagang adalah kawasan campuran dengan kira-kira 50 peratus Melayu dan bukan Melayu dengan majoriti pengundi adalah penghuni rumah kos sederhana dan rendah.

"Terdapat beberapa isu perlu diselesaikan dan saya mengambil maklum daripada wakil penduduk berkaitan isu pemilikan atau Memorandum of Transfer (MOT) kerana pemaju sudah tiada atau 'gulung tikar'.

"Kita akan menumpukan perkara ini selepas PRU dan ia bukan tidak boleh diselesaikan kerana saya telah buktikan di AU1, Hulu Klang dan pinggiran Batu Caves yang dapat diatasi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619