NASIONAL

Waspada janji Najib kekal kadar GST

3 Mei 2018, 3:06 AM
Waspada janji Najib kekal kadar GST
Waspada janji Najib kekal kadar GST

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 3 MEI: Rakyat diingatkan supaya lebih berwaspada terhadap janji Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pada kadar enam peratus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Strategi Pusat KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, hal itu kerana Najib berkuasa menyemak semula kadar GST dalam Belanjawan 2019, dengan kemungkinan kadar sekarang hanya kekal untuk tempoh lima bulan sahaja lagi.

"Kami berpendapat pengumuman ini sekadar politik desperado sahaja. Beliau tahu rakyat begitu benci dengan GST dan jaminan Najib tidak pernah ditepati.

"Najib juga tidak mengumumkan kadar GST enam peratus itu akan kekal untuk tempoh berapa lama selepas PRU14.

"Jika beliau berjaya merompak mandat untuk memerintah negara, beliau sebenarnya akan mempunyai kuasa menyemak semula kadar GST dalam pembentangan Belanjawan 2019," katanya dalam kenyataan.

Tze Tzin yang juga calon P52 Bayan Lepas berkata, rakyat sememangnya tidak boleh mengharapkan kadar GST kekal pada kadar enam peratus sahaja di bawah pentadbiran Najib.

Justeru, katanya, pilihan terbaik kini adalah menghapuskan GST dan memberi undi kepada Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam PRU14.

"PAKATAN sendiri menawarkan untuk menghapuskan GST sebagai salah satu daripada 10 Janji dalam 100 hari, justeru pilihannya amat jelas iaitu undi PAKATAN.

"Pangkah KEADILAN untuk hapuskan GST," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619