NASIONAL

Apa ditakut sangat gambar Tun M?

1 Mei 2018, 9:03 AM
Apa ditakut sangat gambar Tun M?
Apa ditakut sangat gambar Tun M?

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 1 MEI: Tindakan memotong gambar Tun Dr Mahathir Mohamad pada poster Pakatan Harapan (PAKATAN) adalah satu tindakan keterlaluan dan dangkal.

Penyandang Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata ia adalah tindakan yang lucu oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPR) di Parlimen Ayer Hitam.

"Apa yang ditakutkan sangat dengan gambar seorang warga emas yang berusia 93 tahun ini?

"Nak kata lucu memang lucu, dan ini memang kerja bodoh menunjukkan Barisan Nasional (BN) begitu takut dengan Tun M walau hanya pada gambar," katanya katanya ketika sidang media di ibu pejabat Parlimen Shah Alam bersama calon DUN Batu Tiga dan DUN Kota Anggerik, di sini, pagi tadi.

Khalid berkata, jika pihak BN merasakan mereka bagus dalam mentadbir dan menguruskan negara sebelum ini, jadi untuk apa takut pada calon Perdana Menteri PAKATAN tersebut.

"Kita sendiri tidak pernah halang jika BN nak letak gambar Najib di seluruh poster mereka kerana kita tahu itu adalah calon Perdana Menteri mereka.

"Maka tidak perlu untuk bertindak demikian kerana PAKATAN meletakkan gambar Tun M sebagai makluman kepada masyarakat bahawa beliau adalah calon Perdana Menteri jika kita menang Putrajaya," katanya.

Terdahulu dilaporkan gambar Tun Dr Mahathir dipotong penguatkuasa SPR di kawasan calon Parlimen Ayer Hitam, Liew Chin Tong selain gambarnya bersama Presiden PAKATAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon PAKATAN Negeri Sembilan diturunkan di negeri itu.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619