GLOBAL

Korea Utara sedia bantu AS tamatkan program nuklear

29 Apr 2018, 4:13 AM
Korea Utara sedia bantu AS tamatkan program nuklear

WASHINGTON 29 APR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo berkata, beliau 'berbual mesra' dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ketika kunjungannya ke Pyongyang, baru-baru ini.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan tambahnya, Kim sudah 'bersedia membentangkan peta yang akan membantu AS mencapai penamatan program senjata nuklear' negara itu.

Pompeo membuat kenyataan terbabit dalam satu temuramah ekslusif dengan ABC News, yang disiarkan semalam.

Pompeo yang ketika ini berada di Asia Barat dalam kunjungan pertamanya sebagai ketua diplomat Washington menyifatkan Kim sebagai 'sudah bersedia' ketika pertemuan rahsia itu pada minggu pertama April lalu.

"Kami melakukan perbualan yang intensif mengenai isu rumit yang dihadapi kedua-dua negara.

"Saya mempunyai satu misi jelas dari Presiden Trump dan Kim memahami misi sama seperti saya jelaskan hari ini," katanya.

SUMBER: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619