SELANGOR

Hilman berpengalaman mentadbir kerajaan, mampu pikul tugas ADN

28 Apr 2018, 7:09 AM
Hilman berpengalaman mentadbir kerajaan, mampu pikul tugas ADN

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 28 APR: Calon bagi kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Mohd Hilman Idham, mampu memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) sekiranya menang kerusi itu nanti.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Hilman memiliki pengalaman panjang sebagai pembantu beliau sebelum dilantik sebagai Pegawai Khas sebaik Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Besar.

"Sebagai Pegawai Khas Menteri Besar, beliau banyak berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan di mana ini mengajar beliau selok belok pentadbiran kerajaan," katanya ketika menghadiri Program Menyantuni Petugas dan Masyarakat DUN Gombak Setia (N17)

di Taman Seri Gombak, di sini, malam tadi.

Jelasnya, pemilihan Mohd Hilman sebagai calon Gombak Setia dibuat dalam satu mesyuarat Cabang Keadilan Gombak.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa mesyuarat meneliti kelayakan dimiliki Mohd Hilman.

"Saya tidak pengerusikan mesyuarat itu tetapi saya diberitahu, nama dipilih sebelum ini menolak dicalonkan kerana lebih suka menumpukan membantu kerja parti dan selepas itu barulah mesyuarat meneliti nama beliau.

"Inilah uniknya KEADILAN, kita ada ramai yang sanggup berjuang tanpa mengejar kedudukan atau pangkat," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619