SELANGOR

Cabaran empat penjuru Parlimen Klang & DUN Pelabuhan Klang

28 Apr 2018, 6:21 AM
Cabaran empat penjuru Parlimen Klang & DUN Pelabuhan Klang
Cabaran empat penjuru Parlimen Klang & DUN Pelabuhan Klang

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 28 APR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pertembungan empat penjuru di Parlimen Klang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

Perkara itu diumumkan SPR sekitar jam 10.30 pagi selepas kertas penamaan calon dikemukakan kesemua parti bertanding.

Pegawai Pengerusi Pilihan Raya (P.110), Dato' Mohamad Yasid Bidin berkata, calon Parlimen Klang membabitkan Charles Santiago dari parti KEADILAN mewakili Pakatan Harapan (PAKATAN) bertembung tiga lagi pencalonannya daripada (PAS), Khairulshah Abdullah, Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Ching Eu Boon dan calon Bebas Ganesan Sangalingam (Parti Bebas).

Manakala DUN Pelabuhan Klang (N.46) juga sengit pertembungan Khalid Nayan (PAS), Sheikh Rajesh Sheikh Ahmad (BN), dan Shanmugasundram Veenapan dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertemu calon KEADILAN mewakili PAKATAN, Azmizam Zaman Huri (KEADILAN).

[caption id="attachment_226687" align="alignright" width="457"] Calon Pakatan Harapan. Azmizam Zaman Huri di DUN Pelabuhan Klang[/caption]

Bagi kerusi DUN Pandamaran (N.47) menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Tony Leong (PAKATAN), Tee Hooi Ling (BN) dan Santokh Singh (PAS).

Sementara itu, di DUN Bandar Baru Klang (N.45) turut berhadapan cabaran sengit membabitkan PAKATAN, Dato' Teng Chang Kim berdepan pencalonan baru iaitu calon BN, Teoh Kah Yeong.

=EZY=

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619