NASIONAL

Azizah: SPR tak hormati prinsip hak asasi manusia

27 Apr 2018, 2:34 AM
Azizah: SPR tak hormati prinsip hak asasi manusia
Azizah: SPR tak hormati prinsip hak asasi manusia

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 27 APR: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) daripada menjadi pemantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disifatkan sebagai tidak menghormati prinsip hak asasi manusia.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa SPR tidak mengiktiraf penubuhan badan yang dibentuk Parlimen Malaysia.

"Saya amat kesal dengan tindakan SPR menghalang SUHAKAM daripada menjadi pemantau pada PRU14 nanti.

"Ini kerana, SUHAKAM adalah badan yang dibentuk sendiri oleh Parlimen Malaysia dan ditubuhkan melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597).

"Justeru, ia harus diberi mandat dan kuasa untuk memupuk serta mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap kenyataan SUHAKAM yang dikhabarkan gagal mendapat pertauliahan daripada SPR untuk menjadi pemantau pada PRU14.

Sementara itu, Azizah mendesak SPR memberi lampu hijau kepada SUHAKAM untuk bertindak sebagai pemantau dan masuk ke pusat mengundi sepanjang PRU berlangsung 9 Mei nanti.

"Saya percaya langkah ini akan meyakinkan warga Malaysia dan masyarakat dunia bahawa PRU14 dijalankan dengan bebas, bersih dan adil," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619