PBT

MBPJ serbu 'port' warga asing berniaga

26 Apr 2018, 6:56 AM
MBPJ serbu 'port' warga asing berniaga
MBPJ serbu 'port' warga asing berniaga

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 APR: Seramai 35 warga asing ditahan membabitkan peniaga tanpa lesen di beberapa kawasan 'hotspot' di sekitar Bandar Sri Damansara dan Damansara Damai.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dato' Mohd Azizi Mohd Zain berkata, operasi itu bertujuan mengekang kewujudan peniaga asing yang memonopili aktiviti perniagaan di lokasi terbabit.

Katanya, sejumlah 10 premis dan gerai diserbu membabitkan 61 pemeriksaan ke atas warga asing.

"MBPJ melaksanakan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia baru-baru ini.

"Hasil operasi itu, seramai 35 warga asing ditahan Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut.

"Kebanyakan warga asing ditahan terdiri dari Bangladesh, Indonesia, India dan Myanmar," katanya di Mesyuarat Bulanan, di sini.

Mohd Azizi berkata, operasi seperti itu diteruskan secara berkala bagi memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi syarat serta garis panduan ditetapkan MBPJ.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619