SELANGOR

MBPJ: Tiada kes baru denggi dicatatkan

23 Apr 2018, 2:50 AM
MBPJ: Tiada kes baru denggi dicatatkan
MBPJ: Tiada kes baru denggi dicatatkan

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 23 APR: Tiada kes denggi baru dilaporkan sehingga 20 April tahun ini bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya petaling Jaya (MBPJ).

Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Johary Anuar berkata, jumlah kumulatif kes demam denggi sehingga 14 April (minggu ke 15) sebanyak 544 kes.

Katanya, jumlah itu menunjukkan penurunan kes 49 peratus berbanding tempoh sama pada 2017 iaitu 1,070 kes.

"Jumlah ini juga adalah yang terendah berbanding dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain di daerah Petaling dengan purata kes mingguan sebanyak 36 kes seminggu.

"Daripada kumulatif itu, hanya satu kematian dilaporkan di MBPJ," katanya pada Majlis Perasmian Pasukan SEDAR, KPJ Damansara Specialist Hospital, baru-baru ini.

Johary menyarankan semua pihak perlu bertindak tanpa berlengah bagi mendepani isu denggi melalui tumpuan khas.

Katanya, pihaknya mendapati punca berlakunya wabak denggi itu disebabkan sikap kurang memberi penekanan kepada aspek kebersihan dan suka membuang sampah merata-rata.

"Ancaman denggi ini menuntut tanggungjawab lebih tinggi serta tindakan berkesan daripada semua pihak juga kesedaran diri sendiri.

"Justeru, MBPJ menggesa semua pihak berganding bahu dalam melaksanakan masalah ini, kita berharap kes ini dapat dicegah daripada terus meningkat, sekali gus menjadikan bandar raya ini bebas denggi," katanya.

Untuk rekod, tahun lalu, jumlah kumulatif kes demam denggi di kawasan MBPJ mencatatkan 3,489 kes berbanding 5,620 kes pada 2016.

Ia menunjukkan penurunan kes sebanyak 38 peratus.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619