NASIONAL

PAKATAN tekad menang PRU-14, kembalikan kuasa rakyat

23 Apr 2018, 1:47 AM
PAKATAN tekad menang PRU-14, kembalikan kuasa rakyat
PAKATAN tekad menang PRU-14, kembalikan kuasa rakyat
PAKATAN tekad menang PRU-14, kembalikan kuasa rakyat

OLEH HAFIZAN TAIB

PERMATANG PAUH, 23 APR: Pakatan Harapan (PAKATAN) bertekad memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi mengembalikan kuasa rakyat yang tidak diperoleh di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, kemenangan itu penting supaya PAKATAN mampu melaksanakan menerusi prinsip keadilan yang membawa kebaikan untuk semua dan mengangkat martabat rakyat.

"Ia membawa maksud kita mahu menang supaya rakyat dapat menjadi 'Yang Berhormat' dalam erti kata sebenar.

"Kita mahu menang untuk menunaikan janji dalam 100 hari supaya kemelut ekonomi dihadapi rakyat menerusi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dapat dimansuhkan secara berperingkat.

"Komitmen kita untuk mengangkat darjat ekonomi, sosial, pendidikan dan yang lain seterusnya memberi peluang pekerjaan untuk anak muda," katanya dalam Majlis Bertemu Rakyat bersama Azmin Ali di Keadilan Square di sini, semalam.

Beliau berkata, anak muda masa kini tidak mendapat peluang secukupnya di bawah Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno-BN dengan lapan daripada sepuluh peluang diperoleh tenaga kerja asing.

Bagaimanapun, katanya, rakyat perlu memberi sokongan kerana bakal berhadapan dengan jentera Umno-BN yang penuh berliku kerana mahu memberi kelebihan melalui beberapa saluran termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkannya.

"Simbol KEADILAN untuk menyelamatkan gabungan PAKATAN atas ketidakadilan Umno-BN menafikan hak parti untuk mengguna pakai simbol mereka.

"Kita jawab panggilan keadilan kerana dipilih untuk memperjuangkan nasib rakyat dan negara," katanya PAKATAN telah berkemampuan mentadbir melalui Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, langkah seterusnya bagi PAKATAN adalah berkaitan pembebasan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Jun nanti.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619