NASIONAL

Tak gusar jika tak dicalonkan, Tian Chua utamakan perpaduan parti

22 Apr 2018, 10:59 AM
Tak gusar jika tak dicalonkan, Tian Chua utamakan perpaduan parti

KUALA LUMPUR, 22 APR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyerahkan kedudukan kerusi ditandingi beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Tian Chua berkata, hal ini berikutan beliau mengutamakan perpaduan di kalangan ahli dan pemimpin parti bagi memastikan KEADILAN kekal fokus dalam berhadapan cabaran Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 nanti.

“Saya tiada masalah tidak dinamakan sebagai calon Batu. Saya serahkan kepada pimpinan untuk memutuskan jika mereka mahu tempatkan saya di kawasan lain.

“Saya juga tiada masalah tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media yang diadakan di Restoran D'boom Boom di sini, hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, kepimpinan KEADILAN haruslah lebih berhati-hati dalam pemilihan calon pilihan raya.

=EZY=

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619