SELANGOR

Siti Safiyah terharu terima anugerah pertama peringkat Selangor

21 Apr 2018, 12:21 AM
Siti Safiyah terharu terima anugerah pertama peringkat Selangor
Siti Safiyah terharu terima anugerah pertama peringkat Selangor

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 APR: Atlet Tempin-Boling, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman nyata gembira dan menyifatkan segala usaha dilakukan selama ini akhirnya berbaloi apabila dinobatkan selaku Olahragawati Anugerah Sukan Negeri Selangor (ASNS) 2017.

Bersaing hebat dengan pemenang Anugerah Olahragawati bagi dua edisi, 2014 dan 2015/16, Syakilla Salni Jefry Krisnan dari sukan Karate-Do - Kumite, ini merupakan pengiktirafan pertama yang diterimanya di peringkat Negeri Selangor hasil kejayaan beberapa pertandingan sepanjang tahun 2017.

“Tahun lalu saya menjadi atlet pertama dari Malaysia yang memenangi Professional League Women di Amerika Syarikat.

“Selain pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur, kita juga berjaya memenangi pingat emas kejohanan World Championship selepas 10 tahun.

“Saya rasa itu mendorong kepada kejayaan memenangi Anugerah Olahragawati Negeri Selangor 2017,” katanya.

Katanya, beliau kini sedang membuat persediaan rapi untuk mengharungi Professional League Women khususnya bagi mempertahankan pingat emas pada Jun hadapan dan temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Siti Safiyyah turut mengatasi seorang lagi finalis dari sukan Gimnastik Artistik, Farah Ann Abdul Hadi.

Pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2017 yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam, semalam, beliau menerima trofi dan insentif RM10,000 yang disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah serta dipakaikan dengan blazer biru Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) selaku Olahragawati 2017.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619