SELANGOR

'Wajah' baru MDKL siap Jan 2020

20 Apr 2018, 9:37 AM
'Wajah' baru MDKL siap Jan 2020
'Wajah' baru MDKL siap Jan 2020
'Wajah' baru MDKL siap Jan 2020

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 20 APR: Bangunan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) yang dinaiktaraf dijangka siap, Januari 2020.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembinaan bangunan baru itu menelan kos RM39 juta.

Katanya, terdapat keperluan untuk membina bangunan pejabat MDKL yang baharu memandangkan bangunan asalnya didirikan sejak 1989.

"Kuala Langat kini semakin rancak membangun dan kapasitinya juga agak terhad.

"Oleh itu, bagi memastikan MDKL berfungsi lebih efisyen, kita memastikan pembinaan bangunan baru dilaksanakan.

"Kos sebenar pembinaan ini adalah RM43 juta, namun dengan dasar Kerajaan Negeri yang mengamalkan tender terbuka, kos ini hanya RM39 juta," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian di Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Majlis Daerah Kuala Langat dan Penyerahan Lori Arm Roll, di sini.

Sementara itu, Yang DiPertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, bangunan asal MDKL kini tidak mampu untuk menampung pertambahan kapasiti bilangan kakitangan dan ruang kerja yang sempit.

Katanya, dengan adanya bangunan baru itu nanti, ia dapat memberi perkhidmatan lebih baik dan keselesaan kepada pelanggan serta kakitangan.

"Bangunan baru sembilan tingkat ini dibina di atas tanah milik MDKL dan terdapat kemudahan infrastruktur sedia ada.

"Konsep reka bentuk dicadangkan mencerminkan imej MDKL sebagai pihak berkuasa tempatan dan mewujudkan landmark baru yang moden serta terkini," katanya.

MDKL ketika ini beroperasi di bangunan pejabat di Persiaran Majlis selain di tiga lokasi berasingan sekitar Banting.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619