NASIONAL

Mahasiswa UIAM pertama lafaz Ikrar Bebas Rasuah

20 Apr 2018, 1:36 AM
Mahasiswa UIAM pertama lafaz Ikrar Bebas Rasuah

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 20 APR: Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyertai Ikrar Bebas Rasuah (IBR), sekali gus menjadi institusi pengajian tinggi awam pertama melafazkannya, di negara ini.

Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin berkata, budaya memerangi rasuah harus dipupuk sejak dari awal, termasuk universiti bagi mengekang gejala berkenaan daripada berleluasa.

“IBR ini menunjukkan komitmen mahasiswa UIAM untuk memerangi dan menjauhi segala bentuk amalan rasuah," katanya dalam ucapan majlis Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KOMAWAR) di UIAM, semalam.

Lafaz IBR itu diketuai pemimpin Pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, Amir Ridwan Idris dengan disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Turut dilancarkan pada konvensyen berkenaan ialah Gerakan Mahasiswa Anti Rasuah (GEMA), iaitu program yang menjalankan pelbagai kempen anti rasuah untuk menyuntik kesedaran berkenaan perlunya mahasiswa menghindari rasuah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619