SUKANKINI

Liverpool lancar 'Home kit' 2018/19

19 Apr 2018, 9:41 AM
Liverpool lancar 'Home kit' 2018/19

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 19 APR: Liverpool menjadi kelab Liga Perdana Inggeris pertama melancarkan jersi bagi musim 2018/2019 dengan warna merah kekal menjadi pilihan 'Home Kit'.

Perkara itu diumumkan menerusi laman rasmi Liverpool.com sekitar jam 4.00 petang (waktu Malaysia), hari ini .

Jersi keluaran New Balance dengan tema 'This Means More' itu dijual pada harga £50.00 (RM276) untuk lengan pendek dan £60.00 (RM331) bagi lengan panjang.

Warna merah 'Home Kit' itu dipadankan dengan warna kuning untuk penjaga gol dan dijual pada harga sama manakala tempahan boleh dibuat menerusi store.liverpoolfc.com/kit/home-kit.

Pembelian menerusi tempahan awal turut berpeluang mendapat kad hadiah 'Home Kit' bernilai £10 secara percuma.

Difahamkan, The Reds mungkin akan mula menggunakan jersi ini sekiranya mereka layak beraksi di pentas akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Kredit Foto: Liverpool FC

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619