SELANGOR

JKM seru masyarakat tampil daftarkan OKU

19 Apr 2018, 7:09 AM
JKM seru masyarakat tampil daftarkan OKU
JKM seru masyarakat tampil daftarkan OKU

OLEH SHEEDA FATHIL

SERI KEMBANGAN, 19 APR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyeru orang ramai yang mempunyai anak Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk segera mendaftarkan di JKM berhampiran.

Pengarah JKM Selangor, Hanafi Maulud berkata, setakat ini 78,184 OKU berdaftar di seluruh negeri dan beliau percaya masih ramai yang belum mendaftarkan diri.

"Kita mengalu-alukan kepada masyarakat di sini segera membawa golongan OKU berdaftar dengan JKM supaya mereka boleh menerima manfaat dan bantuan daripada kami.

"Untuk makluman, di Subang Jaya sahaja sudah ada 7,873 OKU berdaftar dan ini merupakan angka yang agak besar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Jalinan Kasih "Home Help Services" di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Permata Hati, di sini, hari ini.

Program itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, Noor Hanim Ismail dan Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkarnain Che Ali.

Sementara itu, Hanafi berkata, setakat ini sudah terdapat 52 PDK di negeri ini dan ia berkemungkinan bakal ditambah pada masa datang.

"Selain PDK Permata Hati ini, kita juga ada PDK Cahaya Kasih di Subang Jaya dan yang terbaru PDK Wawasan Puchong Jaya.

"Kita turut mengalu-alukan kepada seluruh masyarakat setempat untuk tampil membantu golongan OKU di kawasan berhampiran," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619