NASIONAL

Ahli BN usia 92 tahun pun berebut kerusi PRU14 - Tun Dr Mahathir

17 Apr 2018, 8:00 AM
Ahli BN usia 92 tahun pun berebut kerusi PRU14 - Tun Dr Mahathir

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA 17 APR: Umno Barisan Nasional (Umno BN) berdepan kesukaran meletakkan calon-calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU14), ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli parti itu yang seusia dengannya juga melobi diri untuk menjadi calon.

"Saya dengar kata, BN ada masalah pembahagian kerusi PRU14. Mereka nak bagi peluang dekat orang lain, tetapi orang itu (calon lama) kata mereka masih kuat.

"Mereka kata kenapa orang berumur 93 tahun pun masih boleh bertanding, tetapi kami yang baru usia 92 tahun tak boleh bertanding?" sindirnya pada sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), petang ini.

Angka 93 tahun merujuk kepada umur bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu.

Mahathir ketika ini lantang mengkritik pentadbiran Umno BN dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan bersara daripada politik.

Pada PRU14 ini, Tun Mahathir mengumumkan dirinya bertanding di kubu kuat BN di Langkawi.

Namun kata Tun Mahathir, beliau bersedia untuk berdepan calon Umno di kawasan Parlimen itu.

"Di Langkawi, BN menang dengan jumlah 11,000 undi. Kita nak tengoklah kali ini berapa banyak mereka boleh dapat," sindirnya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619