NASIONAL

Calon muda PAKATAN tekad bawa suara anak muda

17 Apr 2018, 7:55 AM
Calon muda PAKATAN tekad bawa suara anak muda
Calon muda PAKATAN tekad bawa suara anak muda
Calon muda PAKATAN tekad bawa suara anak muda

OLEH HAZIQ ISMAIL

PETALING JAYA, 17 APR: Empat calon anak muda Pakatan Harapan (PAKATAN) bersedia membawa suara anak muda ke peringkat lebih tinggi sekiranya berjaya memenangi kawasan ditandingi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Calon Parlimen Paya Besar (Pahang), Asyraf Mustaqim Badrul Munir, berkata kuasa anak muda penting membina Malaysia yang pro rakyat.

"Generasi muda di Malaysia sedang berhadapan kebejatan luar biasa akibat polisi pentadbiran bermasalah oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Anak muda menanggung beban ekonomi menyebabkan kualiti hidup merosot walaupun menpunyai taraf pendidikan yang baik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Calon Pemuda PRU 14, di Ibu Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di sini, hari ini.

Sementara, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor (Kelantan) Hazmi Hassan pula  berpandangan, penglibatan anak muda pada pilihan raya kali ini lebih ramai berbanding PRU-13.

"Dengan adanya aku janji ini saya berharap anak muda terus melibatkan diri dalam politik.

"Saya bercakap tentang perubahan tetapi semasa pilihan raya jika tidak berkerjasama, kita akan terus dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Bagi Young Syefura Othman yang bakal bertanding di DUN Ketari (Pahang) pula berharap kemenangan besar bakal berpihak kepada PAKATAN kerana sekarang adalah masa terbaik untuk golongan muda melakukan perubahan.

Keempat-empat calon anak muda ini sebelum itu menandatangani Aku Janji Deklarsi Bersama Anak Muda sebagai tanda sokongan kepada Deklarsi Kongres Anak Muda Malaysia 2017.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619