GLOBAL

AS, Britain beri amaran, kempen serangan siber Russia

17 Apr 2018, 1:49 AM
AS, Britain beri amaran, kempen serangan siber Russia

LONDON 17 APR: Britain dan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran semalam, penggodam ditaja kerajaan Russia menggodam perkakasan utama pihak berkuasa dan rangkaian komputer perniagaan seperti router dan firewall, memberi mereka kawalan aliran data maya.

Dalam satu kenyataan bersama, Washington dan London berkata, operasi itu dilakukan bagi menyokong pengintipan, mengekstrak harta intelek, mengekalkan akses tetap terhadap rangkaian mangsa dan berpotensi memberi asas untuk operasi serangan akan datang.

"Penggodam ditaja Russia menggunakan router dikompromi bagi menjalankan serangan sekali gus menyokong pengintipan, mengekstrak harta intelek, mengekalkan akses tetap terhadap rangkaian mangsa dan berpotensi memberi tapak kepada operasi serangan akan datang.

"Sesiapa sahaja yang mengawal infrastruktur laluan sesebuah rangkaian, pada akhirnya mengawal aliran data yang melalui rangkaian itu," katanya.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS (DHS) berkata, godaman itu adalah sebahagian operasi meluas digelar Grizzly Steppe, yang dikatakan jabatan itu menumpukan serangan siber oleh agensi awam dan perisikan tentera Moscow.

Operasi menggodam router menyasar kedua-dua sektor kerajaan dan swasta serta penyedia utama infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan internet disediakan mereka.

Pengumuman itu dibuat dalam satu amaran bersama tidak dijangka, menekankan kerjasama lebih rapat antara kerajaan Barat berjuang menentang apa yang mereka katakan kempen berterusan, godaman pelbagai peringkat dan salah maklumat dalam talian oleh Moscow.

Amaran itu dikeluarkan Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan Britain, DHS dan Biro Siasatan Persekutuan AS.

SUMBER: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619