SELANGOR

Azmin tegur MalaysiaKini, pastikan laporan tepat

16 Apr 2018, 7:21 AM
Azmin tegur MalaysiaKini, pastikan laporan tepat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 APR: Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan pengamal media supaya melaporkan berita secara telus, tanpa memutarbelitkan fakta.

Beliau berkata, pengamal media khususnya wartawan perlu mendapatkan fakta dan pemahaman sebenar, bagi mendapatkan gambaran sebenar terhadap pelaksanaan dasar di peringkat Kerajaan Negeri,

"Saya ingin memberi penjelasan termasuklah kepada editor , supaya mereka faham termasuklah portal berita MalaysiaKini, bagaimana untuk melaporkan dasar-dasar yang dilaksanakan Kerajaan Selangor.

"Dasar dan bantuan kewangan yang dilakukan ini dibuat dengan perancangan rapi dan bukan dibuat untuk memancing undi pilihan raya," kata Dato' Menteri Besar itu.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk laporan portal Malaysia Kini yang mengaitkan program turun padang dan penyerahan bantuan Kerajaan Selangor di Gombak, baru-baru ini sebagai gula-gula piliha nraya.

Dalam laporan berkenaan, terdapat kesalahan jumlah sebenar nilai kewangan dan bantuan yang diserahkan Kerajaan Selangor bagi pembangunan Parlimen Gombak dan Ampang.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong berkata, laporan bertajuk “Cash, laptops, iPads – Azmin doles out over RM2m worth goodies” itu adalah kesalahan serius dan bersifat andaian kurang tepat.

Shao Loong berkata, antara kenyataan mengelirukan adalah sebutan kononnya ‘cash’ diagihkan memberi gambaran bahawa peristiwa yang berlaku itu adalah aktiviti politik semata-mata, sedangkan ia sangat tidak benar.

“Tiada tunai diberi dalam program itu tetapi hanya cek diserahkan dan ia sesuai untuk program rasmi yang diuruskan menerusi saluran yang betul.

“Selain itu, kenyataan bahawa Mohamed Azmin mengagihkan iPad kepada penerima yang layak sama sekali tidak benar tetapi ia adalah gajet tablet Samsung mampu milik,” katanya dalam kenyataan.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619