GLOBAL

Jerman dakwa Russia dalang serangan siber

16 Apr 2018, 2:18 AM
Jerman dakwa Russia dalang serangan siber

BERLIN 16 APR: Kerajaan Jerman terpaksa merumuskan, serangan siber ke atas Kementerian Luarnya berpunca daripada Russia, kata Menteri Luarnya Heiko Maas memaklumkan penyiar ZDF semalam.

Maas sebelum itu menyenaraikan siri apa yang digelarnya tindakan bermasalah oleh Moscow, termasuk ketiadaan perkembangan dalam melaksanakan gencatan senjata di timur Ukraine, serangan gas beracun di Britain, sokongannya terhadap kerajaan Syria, usaha negara itu untuk mempengaruhi pilihan raya di Barat dan serangan siber.

"Kami berhadapan serangan ke atas Kementerian Luar di mana kita terpaksa beranggapan ia berpunca daripada Russia.

"Saya fikir ia bukan hanya satu alasan namun perlu untuk merumuskan serangan itu bukan satu sumbangan yang membina," katanya.

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619