SELANGOR

Selangor sumbang RM260,000 biaya rawatan dialisis

9 Apr 2018, 6:56 AM
Selangor sumbang RM260,000 biaya rawatan dialisis

OLEH SABIRAH AZIZ

PUCHONG, 9 APR: Sejumlah RM260,000 disumbangkan Kerajaan Negeri bagi membiayai rawatan pesakit buah pinggang, di Yayasan Kebajikan SSL Hemodialisis, di sini.

Sumbangan disampaikan Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), mewakili Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi kepada Naib Presiden yayasan, Wong Peng Wah.

Katanya, jumlah itu bagi menanggung kos rawatan 52 pesakit di dua pusat dialisis yayasan, iaitu di Puchong dan Petaling Jaya.

"Ia adalah bantuan yang diluluskan dari Januari hingga Mac tahun ini. Setakat ini, lebih 400 pesakit buah pinggang dibantu.

"Kami juga mensasarkan bantuan RM5,000 kepada seorang pesakit dengan anggaran 1,000 penerima bagi peruntukan RM5 juta setahun," katanya kepada SelangorKini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han dan ADN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran.

Terdapat kira-kira 200 pesakit yang menjalani rawatan dialisis di pusat rawatan berkenaan.

Pesakit yang layak boleh memohon mendapatkan bantuan di laman sesawang Bantuan Sihat Selangor iaitu bantuansihat.selangor.gov. my.

Bantuan itu diperkenalkan sejak 2009 sehingga kini dengan keutamaan diberikan kepada pemohon yang tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana agensi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619