BERITA UTAMA

HIJRAH cadang naik kadar pinjaman kepada RM100,000

6 Apr 2018, 8:31 AM
HIJRAH cadang naik kadar pinjaman kepada RM100,000
HIJRAH cadang naik kadar pinjaman kepada RM100,000
HIJRAH cadang naik kadar pinjaman kepada RM100,000

OLEH SABIRAH AZIZ

SUBANG JAYA, 6 APR: Hijrah Selangor (HIJRAH) bercadang menaikkan had pinjaman mikrokredit daripada RM50,000 kepada RM100,000 buat pemohon yang layak.

Pengerusi Eksekutifnya, Dato' Mansor Othman berkata, pihaknya menghantar cadangan berkenaan kepada Kerajaan Negeri supaya dipertimbangkan bagi membantu lebih ramai usahawan memulakan perniagaan.

"Ia juga bagi membantu syarikat pemaju berkembang lebih maju dalam bidang perniagaan diceburi.

"Perkara ini ekoran kami menerima sambutan amat menggalakkan daripada peminjam. Ia termasuklah peratusan kadar bayaran balik pinjaman yang memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus NLP (Mentoring) Syarikat Peneraju dan Usahawan HIJRAH dengan kerjasama Kumpulan Perangsang Selangor di Hotel Summit, USJ hari ini.

Katanya, melalui program HIJRAH, peserta bukan hanya diberikan pinjaman malahan turut dibantu daripada pelbagai sudut.

"Justeru itu, kami melantik beberapa syarikat peneraju untuk memberikan bimbingan supaya dapat meluaskan landasan perniagaan sekali gus memperkenalkan produk mereka ke pasaran," katanya.

Kursus yang berlangsung tiga hari itu membabitkan 16 mentor dan 44 mentee daripada pelbagai golongan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619