NASIONAL

Semua pihak perlu tangani kemiskinan bandar

6 Apr 2018, 8:21 AM
Semua pihak perlu tangani kemiskinan bandar
Semua pihak perlu tangani kemiskinan bandar

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 6 APR: Kerajaan dan semua pihak perlu memainkan peranan bagi mengatasi masalah kemiskinan dihadapi rakyat ketika ini khususnya di kawasan bandar.

Ketua Ekonomi DM Analytics Malaysia, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, kemiskinan bandar adalah satu isu penting yang membebankan rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup masa kini.

"Untuk menyelesaikannya, kita perlu memahami sesuatu isu dihadapi supaya ianya mampu ditangani dengan cara betul.

"Kita perlu mengubah perkara berhubung kait kemiskinan bandar antaranya kesihatan kanak-kanak, masalah kehilangan pekerjaan dan sebagainya yang mana ia harus diberi perhatian dari segi perangkaan supaya mampu diatasi," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas forum isu sosial semasa 'Kemiskinan Bandar: Antara Fakta Dan Auta' di Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), di sini, semalam.

Katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat juga boleh bertindak untuk perubahan itu namun tidak memerlukan kumpulan yang besar.

"Mana-mana polisi ingin dilaksanakan hanya memerlukan sekumpulan kecil memainkan peranan dan ia perlu dijalankan secara betul, yang pasti dilakukan secara aktif," katanya.

Berhubung forum anjuran ABIM itu, katanya, ia pendekatan bagus kerana isu sebegitu jarang diperkata dan dibahaskan dalam kalangan masyarakat.

"Program sebegini bukan sekadar memberi kesedaran tetapi juga perancangan bukan hanya di peringkat kerajaan tetapi NGO dan individu bagi melakukan sesuatu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619