SELANGOR

INPENS laksana program transformasi kepimpinan

5 Apr 2018, 5:22 AM
INPENS laksana program transformasi kepimpinan
INPENS laksana program transformasi kepimpinan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 5 APR: Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) melaksanakan Program Transformational and Sustainable Leadership for Hods of INPENS sebagai satu inisiatif melatih kakitangannya dalam urus tadbir yang lebih cekap.

Ketua Eksekutif INPENS, Tuan Ahmad Zabri Mohd Yaman berkata, ia adalah proses ketiga transformasinya dengan melibatkan 16 kakitangan daripada Eksekutif dan Ketua Sektor di kolej itu, pada 30 Mac hingga 1 April lalu.

"Program ini adalah langkah memastikan transformasi INPENS dapat dijayakan dengan barisan pengurusan sempurna.

"Segala fasa transformasi sebelum ini lebih melibatkan prasarana INPENS, tetapi pada fasa ketiga ini penumpuan adalah lebih kepada pembangunan daya kepimpinan barisan pengurusan INPENS agar lebih berkredibiliti dan berwawasan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, program selama tiga hari itu, kakitangan didedahkan tentang strategi kepimpinan dimana peserta yang terlibat diperkenalkan dengan metodologi penyelesaian sesuatu isu di dalam sesebuah organisasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619