NASIONAL

Bersih 2.0: Persempadanan mudahkan lagi Umno-BN menang PRU-14

4 Apr 2018, 3:48 AM
Bersih 2.0: Persempadanan mudahkan lagi Umno-BN menang PRU-14

OLEH SYAZWANI SUFIAN

PETALING JAYA, 4 APR: Persempadanan semula dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan diluluskan Dewan Rakyat membolehkan Umno- Barisan Nasional (Umno-BN) mengekalkan kemenangannya dalam PRU-14.

Pegawai Peninjau Bersih 2.0, Chan Tsu Chong berkata, ia ekoran minimum kemenangan perlu untuk membentuk kerajaan hanya 16.5 peratus undi popular.

Katanya, Umno-BN dilihat cuba untuk mengekalkan tampuk pemerintahan negara dengan melaksanakan persempadan semula apabila pembahagian kawasan tidak sekata.

"Walaupun undi popular sebanyak 16.5 peratus untuk memenangi pilihan raya tidak mungkin berlaku, saya percaya Umno-BN akan kembali berkuasa sekalipun kehilangan undi majoriti seperti dilakukan pada PRU13 sebelum ini.

"PRU-13 lalu Umno-BN memenangi pilihan raya walau hanya 47 peratus undi popular namun peratusan itu diterjemahkan kepada 60 peratus kerusi parlimen," katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Tsu Chong berkata, kawasan pilihan raya dimenangi Umno-BN pada 2013 hanya 48,228 pengundi secara purata manakala dimenangi pembangkang adalah lebih berganda dengan jumlah 79,436 pengundi.

"Ini bermakna Umno-BN boleh kembali lagi berkuasa jika kalah majoriti undi.

"Apabila mandat pengundi untuk Parlimen dan kerajaan secara tidak sengaja diputarbelitkan, legitimasi seluruh sistem politik dipertikaikan," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619