PELANCONGAN

RM3.2 juta diperuntuk bangun pelancongan Tanjung Sepat

4 Apr 2018, 2:22 AM
RM3.2 juta diperuntuk bangun pelancongan Tanjung Sepat
RM3.2 juta diperuntuk bangun pelancongan Tanjung Sepat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 4 APR: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM3.2 juta bagi pembangunan kawasan gerai makanan dan rekreasi untuk tarikan pelancongan di Kampung Batu Tanjung Sepat.

Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, projek itu akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bagi menaiktaraf jeti kawasan itu.

"Projek dijangka bermula Jun ini dan siap Disember 2019.

"Antara pembangunan yang dirangka termasuk pembinaan enam gerai makanan, padang rekreasi, tempat riadah, lebih daripada 30 ruang tempat letak kereta dan pemulihan kuil Cina," katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Katanya, kemudahan taman rekreasi itu dilihat amat diperlukan di setiap daerah dalam mewujudkan masyarakat yang sihat, di samping menjadi lokasi orang ramai untuk beriadah.

Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan kehendak semasa orang ramai disamping dapat menambah tempat-tempat tarikan pelancong untuk datang ke negeri ini.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619