SELANGOR

INPENS raih gangsa Pertandingan Silat Antarabangsa

4 Apr 2018, 2:12 AM
INPENS raih gangsa Pertandingan Silat Antarabangsa
INPENS raih gangsa Pertandingan Silat Antarabangsa

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 4 APR: Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) berjaya meraih pingat Gangsa dalam Pertandingan Silat Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali ke-9 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor UPSI, Tanjung Malim pada 20 hingga 25 Mac lalu.

INPENS dalam kenyataannya berkata, selain hanya fokus dalam bidang berkemahiran, INPENS juga menggalakkan graduannya aktif dalam bidang kokurikulum.

"Menjadi hasrat INPENS untuk turut melahirkan graduan seimbang dalam pencapaian akademik dan kokurikulum.

"Pingat Gangsa tersebut diraih melalui Airish Azmar Abdul Rahman dari Sektor Teknologi Automoti," katanya.

Katanya, ia merupakan penglibatan tahun kedua INPENS selepas penampilan sulung pada tahun lalu.

Pada masa sama, INPENS turut menampilkan persaingan sengit apabila dua pesilat wanita berjaya ke suku akhir dan seorang lagi pesilat lelaki turut menjejakkan kaki ke peringkat suku akhir.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619