NASIONAL

Keputusan kes BERSIH 2.0 lawan SPR, 11 April

29 Mac 2018, 7:23 AM
Keputusan kes BERSIH 2.0 lawan SPR, 11 April

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 MAC: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 11 April depan bagi keputusan kes Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 menentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Hakim mahkamah, Datuk Azimah Omar, membuat ketetapan itu selepas meneliti keterangan daripada pihak pendakwa dan pembela berkaitan kes berkenaan.

Kes itu difailkan BERSIH 2.0 pada 20 Mac lalu iaitu permohonan Maria Chin Abdullah bersama 106 yang lain bagi menentang SPR, Perdana Menteri Malaysia dan Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung perkara dinyatakan.

BERSIH 2.0 diwakili peguam, Datuk S Ambiga manakala SPR diwakili, Amarjeet Singh.

Mengulas keputusan itu, Ambiga berkata, pihaknya berharap semua pihak menghormati keptusan mahkamah itu.

"Kita akan meneliti perkara itu sama ada pilihan raya boleh diteruskan biarpun terdapat keptusan kes yang masih belum diputuskan.

"Saya mengandaikan mereka (SPR dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) akan menghormati keputusan mahkamah ini," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619