NASIONAL

Negara boleh hancur jika lulus persempadanan baru SPR

28 Mac 2018, 9:01 AM
Negara boleh hancur jika lulus persempadanan baru SPR

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Proses persempadanan baru bagi kawasan Semenanjung Malaysia jika diluluskan di peringkat Dewan Rakyat akan menyebabkan kesejahteraan negara hancur, kata Ahli Parlimen Gombak, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, ia susulan wujudnya ketidakseimbangan kaum dan populasi pentadbiran Persekutuan yang ditunjangi kerajaan yang tidak diiktiraf hasil perolehan undi secara berat sebelah dan tidak adil.

"Mengapa SPR pecahkan perpaduan kaum yang ada pada negara hari ini? Ini sudah melampau, kerana mereka (SPR) ini terlalu mengikut telunjuk parti perkauman, Umno dan Barisan Nasional.

"Justeru Datuk Yang Dipertua (Speaker Dewan), jangan luluskan usul persempadanan laporan SPR ini di Dewan Rakyat.

"Kalau kita membenarkan usul ini diluluskan, negara Malaysia akan hancur di masa akan datang dan rakyat akan berpecah belah.

"Kita tidak mahu sebuah kerajaan yang dilantik dari sistem yang rosak, kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang haram oleh Umno Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan persempadanan semula di Dewan Rakyat, petang ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulakan pembentangan laporan persempadan semula untuk kawasan pilihanraya di Semenanjung Malaysia, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Ia berlangsung ketika sidang Dewan Rakyat bersambung semula selepas berehat kira-kira 20 minit ekoran kekecohan yang berlaku melibatkan bantahan pimpinan Ahli Parlimen Pembangkang, sebelum itu.

Bagaimanapun Mohamed Azmin berkata, persempadanan baru yang dibuat SPR khususnya di Selangor adalah bersifat tidak adil dan berat sebelah.

Mohamed Azmin turut mengaitkan pepecahan jurang komposisi kaum yang besar antaranya di kawasan Dewan Undangan Negeri Jeram, Seputeh, Bukit Lanjan dan Subang.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619