SELANGOR

MDKL: Pasang bendera, bahan kempen PRU14 pada tempoh ditetapkan

27 Mac 2018, 6:44 AM
MDKL: Pasang bendera, bahan kempen PRU14 pada tempoh ditetapkan
MDKL: Pasang bendera, bahan kempen PRU14 pada tempoh ditetapkan

OLEH SABIRAH AZIZ

BANTING, 27 MAC: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) memohon semua pihak supaya tidak memasang bendera parti dan bahan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sebelum tempoh ditetapkan.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka berhak mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak dipatuhi.

"Walaupun tempoh bagi pemasangan bendera dan bahan kempen belum bermula, namun kami mendapati terdapat beberapa kawasan yang sudah mula memasang bendera tanpa kebenaran.

"Oleh itu, saya minta kerjasama semua pihak yang terbabit supaya membuka semula segala bentuk pemasangan bendera dan bahan kempen.

"Ia bagi membolehkan semua pihak dapat mematuhi segala syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan pemasangan bendera dan bahan kempen sebelum bermulanya PRU14." katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat MDKL Bilangan 2, tahun 2018 di sini, hari ini.

Mohamad Zain berkata, pihak Majlis turut mengambil pendekatan secara harmoni dan efektif dengan menghubungi pihak terbabit untuk menurunkan semula semua bentuk bendera dan bahan kempen.

Terdahulu, SPR memaklumkan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak dengan mengarahkan poster atau bendera diturunkan kerana kuasa diperuntukkan boleh dikuatkuasa ketika tempoh rasmi kempen pilihan raya, selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ia kerana pemasangan bendera dan bahan kempen sebelum bermulanya PRU14 terletak di bawah bidang kuasa PBT dan bukannya SPR.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619