GLOBAL

'Kuasa hebat' di sebalik serangan agen saraf - Russia

27 Mac 2018, 2:42 AM
'Kuasa hebat' di sebalik serangan agen saraf - Russia

MOSCOW 27 MAC: Kementerian Luar Russia semalam mendakwa 'kuasa hebat' di Amerika Syarikat (AS) dan Britain bertanggungjawab terhadap serangan agen saraf di England, namun kerajaan British menyalahkan Moscow, lapor agensi berita RIA Novosti.

Kenyataan itu dikeluarkan dengan AS dan negara Kesatuan Eropah (EU) mengusir lebih 100 diplomat Russia semalam untuk menghukum Kremlin di atas serangan agen saraf terhadap bekas perisik Russia di Britain.

Ia adalah tindakan paling tegas Presiden AS, Donald Trump terhadap Russia, sejak mengambil alih jawatan. Beliau sebelum ini, dikritik ahli Demokrat dan ahli parti Republikan sendiri kerana gagal mengambil tindakan tegas terhadap Russia.

Perdana Menteri British, Theresa May menyambut baik penyatuan itu berkata, 18 negara mengumumkan rancangan mengusir pegawai Russia. Ia termasuk 14 negara EU dan Ukraine, Kanada serta Albania.

Keseluruhannya, pengumuman pengusiran negara Barat semalam membabitkan lebih 100 diplomat dan adalah pengusiran diplomat Russia terbesar oleh Barat, sejak kemuncak Perang Dingin.

Dalam perkembangan sama, May memaklumkan semalam lebih 130 orang terdedah kepada agen saraf bertaraf ketenteraan yang digunakan untuk meracun bekas perisik Sergei Skripal dan anak perempuan beliau di bandar Salisbury pada bulan ini.

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619