PENDIDIKAN

IKTISASS meriah, tarik perhatian generasi muda

25 Mac 2018, 10:06 AM
IKTISASS meriah, tarik perhatian generasi muda
IKTISASS meriah, tarik perhatian generasi muda
IKTISASS meriah, tarik perhatian generasi muda
IKTISASS meriah, tarik perhatian generasi muda

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 25 MAC: Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) 2018 dijayakan Kerajaan Negeri di Sunway Convention Centre di sini, berlangsung meriah dengan penyertaan ramai khususnya golongan anak muda.

Majlis berlangsung mulai Jumaat hingga hari ini disempurnakan perasmiannya oleh Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan turut dihadiri Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Program dijayakan itu memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mendapat maklumat bagi menyambung pengajian ditawarkan menerusi kemahiran teknikal dan vokasional (TVET).

Kira-kira 30 gerai pameran tersedia dengan penyertaan pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan wakil industri bagi kemudahan orang ramai mendapatkan maklumat diperlukan.

Antara aktiviti dijalankan ialah forum dan taklimat berkaitan kerjaya, sesi temu bual, pertandingan e-game serta pelbagai acara dengan hadiah menarik juga cabutan bertuah.

Program turut diserikan ddegan persembahan artis antaranya Amy Search, Haqiem Rosli, Atilia Haron, Wany Hasrita dan Talitha Tan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619