SELANGOR

IKTISASS buka peluang anak muda bina kerjaya

25 Mac 2018, 9:13 AM
IKTISASS buka peluang anak muda bina kerjaya
IKTISASS buka peluang anak muda bina kerjaya

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 25 MAC: Generasi muda disaran terus menggunakan peluang disediakan Kerajaan Negeri menerusi Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

Penyanyi dan pelakon, Atilia Haron, berkata program dijayakan dengan peruntukan RM52 juta itu memberi banyak manfaat khususnya kepada generasi muda dalam membina kerjaya pada masa depan.

"Program ini sangat baik dan banyak membantu anak muda untuk mendapatkan informasi baru berkaitan skim latihan ditawarkan supaya dapat disertai bagi melanjutkan pelajaran.

"Saya kira generasi muda tidak patut melepaskan peluang baik ini kerana banyak kemudahan disediakan menerusi IKTISASS," katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Sebagai anak Selangor, katanya, beliau amat berbangga dengan program itu dan berharap ia bakal berterusan.

Katanya, IKTISASS menyediakan landasan bagi golongan sasaran mendapatkan latihan kemahiran bersesuaian dengan perkembangan teknologi masa kini.

"Sebagai artis, saya sendiri mendalami perkembangan ini dan menggunakan kemudahan media sosial bagi membina kerjaya," kata anak kelahiran Shah Alam itu.

Atilia adalah salah seorang selebriti yang terbabit dalam program IKTISASS 2018 berlangsung di Sunway Convention Centre di sini, dari Jumaat hingga hari ini.

Majlis perasmiannya disempurnakan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

IKTISASS adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memberi peluang kepada millennials menggarap latihan kemahiran demi menjamin kebolehpasaran dengan pendapatan tinggi dan meningkatkan rantaian nilai modal insan.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619