SELANGOR

Geran RM3.3 juta untuk 54 projek pembangunan pertanian di Kuala Selangor

23 Mac 2018, 7:04 AM
Geran RM3.3 juta untuk 54 projek pembangunan pertanian di Kuala Selangor
Geran RM3.3 juta untuk 54 projek pembangunan pertanian di Kuala Selangor

OLEH SABIRAH AZIZ

KUALA SELANGOR, 23 MAC: Sejumlah RM3.3 juta geran diberikan kepada 54 projek pembangunan pertanian, di daerah Kuala Selangor.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan dan Pertanian Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, ia membabitkan 1,576 peserta yang diluluskan Kerajaan Negeri untuk aktviti pertanian di bawah kendalian Jabatan Pertanian daerah Kuala Selangor.

"Antara aktiviti terbabit adalah padi, sayur-sayuran, buah-buahan, kelapa, herba, cendawan,fertigasi, kelulut dan industri asas tani.

"Oleh itu, dengan peruntukan ini diharapkkan kuantiti dan kualiti hasil dapat ditingkatkan," katanya selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan dan Majlis Penyampaian Penyampaian Geran Pembangunan Projek Pertanian, di Pejabat Pertanian daerah Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Zaidy berkata, pertanian adalah perniagaan yang perlu terus dimartabatkan serta menggandakan usaha bagi membangunkannya.

"Ia bagi membolehkan pengusahanya memperolehi pendapatan yang tinggi. Melalui semangat berdikari tinggi, diperkukuhkan dengan pengalaman, kreativiti dan ketabahan, maka saya yakin pengusaha mampu mengatasi sebarang masalah atau cabaran perniagaan.

"Ia sekali gus memastikan projek dilaksanakan berdaya maju dan tidak mengalami kerugian," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619