NASIONAL

KPDNKK rampas mainan tanpa Pematuhan Standard

21 Mac 2018, 6:37 AM
KPDNKK rampas mainan tanpa Pematuhan Standard

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 21 MAC: Sebanyak 4,137 mainan pelbagai jenis bernilai RM34,555 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam serbuan di sebuah premis menjual mainan di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasanya, Azman Adam berkata, premis yang disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu manakala bagi syarikat pula, denda RM250,000 untuk kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kali kedua.

"Kita mendapati premis tersebut pelakat Pematuhan Standard (MC) pada setiap mainan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Selain itu, hampir 80 peratus daripada barangan mainan yang dijual juga mempunyai nombor siri sama," katanya menurut laporan Bernama.

Azman berkata, pihaknya melaksanakan serbuan itu ekoran aduan orang ramai berhubung mainan yang dijual disyaki tidak mematuhi MC ditetapkan.

"Setiap mainan yang dijual perlu dilekatkan dengan logo MC sebagai bukti produk tersebut selamat digunakan oleh kanak-kanak.

"Pengeluar, pengimport atau pembungkus semula mainan dikehendaki membuat pengujian produk tersebut terlebih dahulu di mana-mana makmal yang diakreditasi sebelum dipasarkan.

"Sekiranya mereka gagal berbuat demikian mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana membekalkan atau menawarkan apa-apa barangan atau perkhidmatan yang tidak mematuhi standard keselamatan bagi mainan," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619