SELANGOR

Generasi muda terus zahir sokongan kukuh

17 Mac 2018, 11:29 PM
Generasi muda terus zahir sokongan kukuh
Generasi muda terus zahir sokongan kukuh

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 18 MAC: Karnival Himpunan Rakyat yang bertemakan ‘Membangun Bangsa Memakmurkan Selangor Masa Depan Malaysia’ yang diadakan di Stadium Malawati di sini mendapat sambutan menggalakkan khususnya generasi muda.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kehadiran sambutan yang dipenuhi hampir separuhnya anak muda membuktikan rakyat Selangor terus mendukung dasar-dasar yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

"Kalau kita lihat kehadiran pada hari ini sebahagian besarnya adalah anak muda, menunjukkan golongan milennial hari ini merasakan aspirasi mereka dipenuhi oleh Kerajaan Negeri sejak kita diberikan mandat.

"Kita mahu membangunkan Selangor bukan sahaja maju dalam sektor ekonomi tetapi kita mahu jadikan negeri sebagai Negeri Penyayang yang menjaga kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama serta memberi perhatian kepada aspirasi golongan muda millenials," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Karnival Himpunan Rakyat, di Stadium Malawati, di sini, semalam.

Mohamed Azmin berkata, beliau yakin generasi muda juga adalah golongan yang cukup matang dalam menimbang baik buruk sesebuah kerajaan itu dengan pelbagai akses maklumat yang boleh diperolehi.

"Cuma saya sekadar mengingatkan bahawa tanggungjawab golongan milennial mencorak masa depan negara adalah milik mereka.

"Maka mereka harus berani membawa perubahan bukan sahaja mempertahan Selangor bahkan Malaysia akan terbentuk di bawah kerajaan baru yang peduli rakyat," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619