PBT

Erat hubungan dua hala MPS dan JKP

13 Mac 2018, 3:17 AM
Erat hubungan dua hala MPS dan JKP
Erat hubungan dua hala MPS dan JKP

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 MAC: Program 'Town Hall Meeting' anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 24 dalam usaha mengeratkan hubungan disamping mendengar dan melihat permasalahan penduduk setempat.

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat, Ahmad Fauzi Ishak berkata, tarikan utama penduduk menghadiri Town Hall Meeting itu bagi membolehkan rakyat boleh bertanya terus kepada pemimpin kawasan.

Katanya, program itu diadakan bersama penduduk Taman Daya, Kepong, di bertempat di Dewan Persatuan Penduduk Taman Daya Kepong, 11 Mac lalu.

"Objektif program ini untuk meningkatkan kefahaman penduduk dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menyelesaikan permasalahan.

"Pengisian utama program ini adalah sesi penerangan serta dialog bersama para penduduk," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Program dipengerusikan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen disertai Ahli Majlis MPS Zon 24, Fok Wai Mun, KDEB Waste Management, wakil-wakil jabatan MPS serta lebih 100 orang penduduk setempat.

"Pelbagai permasalahan dikemukakan penduduk dan perbincangan dilakukan bersama wakil jabatan antaranya Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan.

"Antara perkara dibangkitkan termasuk masalah geran strata beberapa apartment di Taman Daya, masalah sampah dan pembersihan serta jalan raya

"Diharap program ini dapat menjadi platform kepada penduduk dan MPS untuk mempunyai hubungan dua hala disamping mewujudkan keprihatinan pihak jabatan terlibat bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap apa yang disuarakan," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619