SELANGOR

Bekalan air Lembah Klang hampir pulih sepenuhnya

12 Mac 2018, 2:48 AM
Bekalan air Lembah Klang hampir pulih sepenuhnya
Bekalan air Lembah Klang hampir pulih sepenuhnya

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 12 MAC: Bekalan air di semua kawasan Lembah Klang yang terjejas kini menunjukkan perkembangan positif dan hampir pulih sepenuhnya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) berkata, peratusan pemulihan kini berada pada tahap 96.8 peratus, setakat jam 6 petang, semalam.

Berdasarkan kenyataan itu, segala usaha dan tindakan perlu sedang diambil bagi meningkatkan tekanan serta penyelarasan di sistem agihan untuk pemulihan bekalan sepenuhnya ke beberapa kawasan yang masih dalam proses pemulihan berperingkat di Petaling, Kuala Lumpur, Klang serta Gombak.

"Peratusan pemulihan bekalan air di Hulu Selangor dan Kuala Langat dilaporkan mencapai 100 peratus iaitu bekalan pulih sepenuhnya, manakala di Klang dan Kuala Lumpur masing-masing mencatat pemulihan sebanyak 98.6 peratus serta 97.3 peratus.

"Di kawasan Gombak, peratusan pemulihan bekalan mencapai 98.3 peratus, manakala Petaling masih pada tahap 83.7 peratus," katanya.

SYABAS berkata, bantuan bekalan melalui lori tangki air terus digerakkan secara berterusan ke kawasan yang masih terjejas sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

"Pelanggan juga boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker<jarak>Nama & Alamat)," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619