SUKANKINI

JDT rampas kedudukan teratas Liga Super

11 Mac 2018, 2:14 AM
JDT rampas kedudukan teratas Liga Super

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 MAC: Johor Darul Ta'zim (JDT) merampas kedudukan teratas Liga Super dengan catatan kemenangan ke atas Terengganu FC (TFC), malam tadi.

Dalam perlawanan di Kuala Terengganu itu, JDT berjaya memperoleh gol melalui Marcos Antonio pada minit ke 29 untuk mengatasi tuan rumah 1 - 0.

Selepas lima perlawanan, JDT mengumpul 12 mata hasil empat kemenangan dan satu kalah manakala TFC gagal mengekalkan rekod tanpa kalah dengan kekalahan itu.

Dalam perlawanan di Kuantan pula, Pahang mengalahkan Negeri Sembilan 4 - 0 untuk naik ke tangga kedua liga dengan 10 mata.

Manakala pendatang baharu, Kuala Lumpur menghampakan Kedah 4 - 3 dalam perlawanan berlangsung di Cheras.

PKNS FC sebelum ini berada pada kedudukan teratas liga selepas mengalahkan Kelantan 1 - 0, turun ke tangga ketiga menerusi perbezaan gol biarpun berkongsi 10 mata dengan Pahang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619