BERITA UTAMA

PM perlu selesai isu air di negeri Umno-BN

8 Mac 2018, 5:07 AM
PM perlu selesai isu air di negeri Umno-BN

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 8 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, harus menyelesaikan masalah air di negeri di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada Selangor.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee, berkata janji Najib untuk menyelesaikan isu air di Selangor jika berjaya menawannya tidak menepati fakta kerana isu bekalan air berlaku adalah gangguan berjadual berikutan usaha pengusaha loji rawatan air menukar pam.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, Perdana Menteri perlu memberi tumpuan kepada Johor dan Pahang yang dikesan menghadapi masalah bekalan air berterusan.

"Mersing yang berada di dalam kubu kuat Umno-BN Johor, mengalami catuan air selama beberapa bulan setiap tahun sejak 2014 dan tempoh paling panjang pernah dicatatkan pada 2016 apabila berlaku selama lebih kurang tujuh bulan.

"Malah Johor turut mengalami 122 kali gangguan bekalan air berpunca daripada pencemaran air mentah sejak 2013 sehingga kini.

"Di Felcra Sri Makmur Peringkat Satu, Pekan juga pernah berlaku gangguan bekalan air dan ia adalah kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri. Mengapa semua ini tidak diwar-warkan dalam media arus perdana?," soalnya.

Beliau berkata, pendedahan Najib mengenai lima kelemahan Kerajaan Negeri adalah bertujuan memutar belitkan fakta kerana mengetahui kenyataan dibuatnya akan ditularkan media perdana sempena lawatannya ke Selangor.

Sebaliknya, Tien Chee menambah, Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan masalah air di Selangor dan keadaan bertambah baik sejak pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) pada November 2015.

"Masalah harga perumahan tinggi di Selangor juga bukan isu boleh diselesaikan di peringkat negeri. Apabila menuduh harganya tinggi di Selangor, tidakkah situasi sama juga dihadapi di Wilayah Persekutuan?

"Antara faktor harga perumahan melambung tinggi adalah inflasi tidak terkawal dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pernah menaikkan kadar cukai berbanding GST yang membebankan pengguna termasuk pemaju yang perlu berbelanja untuk mendapatkan bahan binaan.

"Dakwaan Kerajaan Negeri meletakkan politik di tempat pertama berbanding masalah rakyat adalah tidak benar sebaliknya ia sepatutnya ditujukan kepada Umno-BN sendiri," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619