SELANGOR

Fasa 3 PIIP 80% dibeli IKS

6 Mac 2018, 7:50 AM
Fasa 3 PIIP 80% dibeli IKS

OLEH NORHAYATI UMOR

PELABUHAN KLANG, 6 MAC: Fasa 3C Taman Perindustrian Pulau Indah (PIIP 3), terus mencatatkan perkembangan positif dengan hasil jualan sebanyak 80 peratus sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn bhd, Dato' Mahmud Abbas berkata fasa berkenaan kini dimiliki oleh pemain industri kecil dan sederhana (IKS).

Katanya, Fasa 3C membabitkan 213 ekar itu terbuka untuk dijual kepada semua jenis perindustrian yang dilengkapi dengan kemudahan berkualiti, akses mudah ke lebuh raya utama dan tahap keselamatan.

"Selain lokasi strategik, kemudahan gaya hidup selesa melengkapkan industri perniagaan berkembang pesat," katanya selepas merasmikan laluan berbasikal di PIIP, di sini.

Dalam program itu, laluan berbasikal itu merupakan sebahagian pembangunan bersepadu PIIP bagi Fasa 3A.

Ia dibangunkan sepanjang 20KM bertujuan mengintegrasikan industri dan gaya hidup sihat.

Terdahulu, kesemua Fasa 3A PIIP habis dijual manakala Fasa 3B akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.

Central Spectrum bertanggungjawab membangunkan PIIP yang berkeluasan 3,500 ekar dengan menjana nilai pelaburan sebanyak RM15 bilion dalam tempoh 20 tahun.

Meliputi 800 ekar, Fasa 3 dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.2 bilion serta nilai pelaburan dianggar RM3 bilion.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619